Tuesday, December 28, 2010

Legenda Budak Syaitan (Bahagian 2)

Dshttt,ngstt,psbttt...

Bunyi yang pelik, sedikit seram kedengaran lagi. Tapi, di kala ini, bunyi yang, ada seperti bunyi dubuk jantan yang mengawan dengan jantina yang sama dan, bunyi yang, ada seperti pesakit buasir yang menahan kesakitan gigi geraham yang berlubang kini sedikit hilang ditelan bunyi-bunyian malam. Dah masuk sejam usia penakutan aku ini. Masa, seperti kalian tahu, memang pencemburu. Berlalu tanpa suarakan bicara. Ewahh, bermadah pula. Nakal tapi comel yang tak dibuat-buat kali kedua!

Tapi, sesungguhnya.

Kenapa aku perlu takut? Aku bukanlah jenis lelaki yang lemah. Walaupun aku lelaki sang pencinta, yang menyemikan hati dan mengejar horizon cinta, untuk si dia yang terlalu istimewa. (Sumpah. Aku lelaki yang setia, walaupun kekacakan aku menjadi fitnah semua)Oh! Ingin saja aku menyanyikan lagu AZ Yet tika ini, tapi sayang, ini bukan masa yang sesuai untuk mempamerkan kelunakan suaraku dan figura lelaki sempurna.

BERSAMBUNG...

Tuesday, October 12, 2010

Legenda Budak Syaitan (Bahagian 1)

Telefon berbunyi ringg...ringg ringg..ku tak angkat,ku tak tanya pun siapa.

Suam badanku kini berubah, menjadi sedikit panas. Sedikit mengeluh,peluh mula bertasikkan di bahagian yang berlekuk- di antara pangkal lengan dan badan. Ulu hatiku mulai rasa tak enak.

Jam tiada di dinding untuk menunjukkan pukul 5.

Jadi kulihat di pergelangan tangan, oh jam yang dihadiahkan teman wanitaku (maaf ya gadis-gadis nakal di luar sana) menunjukkan pukul 7. Waktu ini, tika masih kecil dan baru 2 tahun pasca sunat, biasanya, macam biasa aku menonton rancangan kartun kucing biru ajaib. Tidak pun drama swasta Melayu di saluran tv kerajaan Melayu, mengisarkan perjuangan anak-anak muda hampir kacak bermain badminton, juga remaja kurang keupayaan mental yang gemarkan pisang.

Tapi itu dulu.

Dulu, pukul 7 penuh dengan riang humor alih bahasa dan ceria jenaka spastik remaja.

Sekarang, pukul 7. Penuh dengan misteri dan imaginasi, bikin badan panas dan bulu roma berdiri.

soalan selingan: Bulu roma siapakah yang suka bermain gitar?
jawapan: Bulu Roma Irama. (siapa tak gelak mak dia wrestler)


Tiba-tiba dalam tak semena-mena...
hujan pun turun.

Rasa bahang badan dan bulu roma yang naik tadi pun mula turun. Tapi benda lain pulak yang naik. Biasalah, seram sejuk hujan.

Dalam keasyikan melayan karenah turun naik benda yang dinyatakan seperti di atas, kedengaran bunyi pungguk Kuala Sipitang,Pungguk tidak berbayang tinggi; Jangan pula cik adik datang,Abang tidak bermalam sini. Ewahh!Berpantun pula si penulis. Nakal tapi comel yang tak dibuat-buat.

Psbttt,ngstt,dshttt...

Bunyi yang pelik, sedikit seram kedengaran. Bunyi yang, ada seperti bunyi dubuk jantan yang mengawan dengan jantina yang sama dan, bunyi yang, ada seperti pesakit buasir yang menahan kesakitan gigi geraham yang berlubang(kesengsaraan secara total, sakit di anus dan dalam mulut).

BERSAMBUNG...

Hoi!

Mari raikan kehidupan.

Thursday, February 25, 2010

Bukan cerita liwat. (Bab Dua)

Kedinginan yang menarik picu nafsu tidur mereka. Semestinya dari dahulu lagi, Wahab dan Benjamin Tan mempunyai hobi dan minat yang sama yakni tidur. Selain tidur, hobi mereka ialah meniduri dan ditiduri. Wah, sejoli.Bagaikan pasangan dicipta di syurga!

Tetapi petang ini agak berlainan. Suasana dingin suram, tapi api cemburu kian marak. Benjamin Tan, menyoal cinta Wahab kepadanya.

"Baby, you cakap you sayang I",kata Benjamin Tan, "tapi kenapa percintaan kita tidak boleh berakhir di jinjang pelamin".
"Sayang, tolonglah faham", rayu Wahab. "Kita tak boleh kahwin. Bukan I tak nak. Percintaan kita selama 2 tahun mungkin setakat ini saja. Selamat tinggal sayang".
"Jangan Baby sekali-kali cakap ayat tu lagi.Please.I redha. Pelamin idaman kita musnah. But please...jangan ucapkan selamat tinggal...", balas Benjamin Tan yang tidak dapat menahan kepedihan hati yang terluka.

Hujan di luar sana semakin lebat. Selebat dan sehebat air mata Benjamin Tan serta Wahab, sepasang bakal bekas kekasih yang akan dinobatkan sebagai watak kisah cinta terulung abad ini.

"Sebelum perpisahan ini, I nak tanya you. Jawab seikhlas hati. Hmmm. Kenapa kita harus berpisah sedangkan burung cak-cak di luar sana pun tahu, kuasa cinta kita. Kuasa cinta yang boleh membunuh 14 ekor anakonda dan 75 ekor bapak gorila", tanya Benjamin Tan dalam suara sayu.

"You pun tahu kan. Kita tidak boleh lagi meneruskan hubungan ini. Kerna...", Wahab jawab.

"Kerana apa..." tanya Benjamin Tan lagi.

"Kerna kau Stapler! Aku Pembaris!" jerit Wahab lalu meninggalkan Benjamin Tan.

Inilah epik cinta terulung, sebatang pembaris bernama Wahab dan sebuah Stapler bernama Benjamin Tan.

Wednesday, February 24, 2010

Bukan cerita liwat. (Bab Satu)

Merujuk kepada tajuk di atas, sekali lagi ditegaskan cerita kali ini tiada kena mengena dan berkait langsung dengan dua buah anus, dua batang kemaluan lelaki serba satu dan 2 set kerandut testis(2 biji setiap satu set).

Tak percaya, tanya awan. Awan hari ini menangis, menurunkan air hujan selebat-lebatnya, bagai menangisi cerita paling sedih minggu ini.

Seakan-akan cerita Romeo dan Juliet di Verona, tapi ini, bukan kisah cinta Itali.Ini kisah cinta 1Malaysia, cinta antara Wahab dan Benjamin Tan bertempat di sebuah pejabat,di Padang Jawa.

Petang yang dijangka panas oleh ramalan cuaca yang ditaja oleh syarikat cat pada berita masa prima, kini sayup, gelap dan dingin.

Tuesday, February 23, 2010

Dalam hati ada taman (Bab Dua-akhir)

Dan Angelina, si teman wanita itu membantalkan dada Marzuki. Berbaring berpelukan. Berpeluk erat kerana dapat berjumpa hanya kadang-kadang.Jarang -jarang. Kajian menunjukkan yang pelukan mereka dapat menyediakan telur separuh masak hanya selama 2 minit(telur ayam, bukan telur Marzuki).

Jadi anda pembaca budiman, pejamkan mata dan bayangkan kehangatan pelukan mereka itu selama 15 saat.

Keasyikan pelukan dan usikan manja Marzuki terhenti,tiba-tiba. Angelina, si teman wanita itu lantas bangun dari pelukan Marzuki.

A: You ader beli murtabak kew?
M: Takdew.
A: Ni why ader bau ayam panggang ni?
M: Eh, you tak tau kew? Eh you, chup. I cakap macam biasa boleh tak. Geli urat mareh I cakap camtu.
A: Okew jew.
M: You tak tau ke, dalam hati i ada taman.
A: So?
M: La Ti Do Re Mi. Ahaks. I buat lawak gelak sendiri.
A: Betul-betul la. Apa kena mengena pulak. Benci tiga kali tau.
M: Hati i ada taman. Taman Tun Dr. Ismail. Harini diorang ada pasar tani. Tula pasal bau murtabak, popiah, ayam panggang dan aneka kuih muih tempatan yang lain.
A: Oooooo.

Wednesday, February 17, 2010

Dalam hati ada taman (Bab Satu)

Di situ.

Si teman lelaki itu, Marzuki, seorang pemuzik. Sering mengecat mukanya putih seperti zombie dan memakai baju hitam berstad besi ketika beraksi .Lagu-lagu santapannya semestinya berunsurkan kejahatan duniawi dan songsang dari kaca mata Harian Metro dan peminat-peminat Mawi.

Namun.

Dalam hati Marzuki ada taman.

Di situ.
Ya di sudut itu. Bersenggamalah Marzuki si teman lelaki itu dan Angelina, si teman wanita itu- bermadu asmara dan bertukar-tukar kata cinta. Di sudut bilik kecil di perumahan rakyat,suasana hangat dan molekul cinta terapung riang di udara.

Angelina si teman wanita itu, amat disayangi oleh Marzuki, si teman lelaki itu. *Ambillah seribu bintang dan dan seratus empat belas bidadari, Angelina masih ada setia oleh Marzuki. Tiada makhluk yang boleh ditukar ganti.

*Kadang-kadang Marzuki tipu jugak. Masuk bilik air main dengan tangan kiri bermodalkan Monica Belluci.

Wednesday, February 10, 2010

Rintangan Pengarang


Siri penulisan terbaharu akan muncul tidak lama lagi.
Sebarang kesulitan amat dikesali.
Harap maklong.

Friday, February 5, 2010

Cinta (episod akhir)

Begitu lepasnya amarah Encik Setan seperti dirasuk syaitan. Tak habis-habis mulutnya mengucapkan "Cak Cak Cak" sambil kepalanya membuat aksi mematuk. Memang sah, dia ada saka. SAKA BURUNG TEKUKUR!(euwww takutnyer~)

Aku pun mengambil kesempatan melarikan diri ketika Encik Setan sibuk mengendalikan urusan sakanya. Takut sial! Dan selaku orang yang takut, aku berguling lapan kali sebelum meniarap ala komando untuk sampai ke pintu keluar. Syukur, aku selamat keluar dari pejabat itu. Aku bangun perlahan-lahan dan menghembuskan nafas lega dan terus mencucuh sebatang rokok yang kuselitkan di atas telinga kanan. Gaya tak ubah seperti pailang. Aku abadikan gaya pailang tersebut dengan gambar yang kutangkap mengunakan telefon bimbit berkamera. Modal mencari gadis-gadis bimbo yang dahagakan kasih sayang dan perhatian di internet. Bagi mereka, pailang-pailang adalah teman lelaki idaman kerana mereka perlukan perlindungan daripada usikan lelaki yang mengayat menggunakan cara sebegini..."Hi! Awak comel bak bidadari la!" atau "HaI! KiUt Jer GamBa AWaKz!AdEr YM?Leh KenaL?"
Kenal burung punai kau! Hmm...memang patut mereka kena hayunan siku dan lutut aku secara serentak. Cara mengayat tak ada gaya. Langsung. Cara yang paling inovatif lagi efektif adalah seperti "Hai! Saya Rayz bin Datuk Kamarulzaman. Saya memiliki sebuah kereta sport.Ayuh kita berzina!". Ayat mudah,lancar lagi mempesona.

(Kembali kepada penceritaan asal. Maaf, terbawa-bawa. Aku lelaki yang pentingkan kesempurnaan dalam mencuri hati gadis-gadis di luar sana.)

Dengan gaya paling kecewa berjalan kaki meninggalkan tempat itu.Dan simbol tanda soal besar timbul di atas kepalaku. Gadis penukar tayar? Siapakah dia?


Sekilo dua aku berjalan mengikut arah angin di tepi jalanraya,memikirkan apakelancau yang dikatakan oleh Encik Setan. Ting! Lampu jalan di atas kepalaku bernyala.
Seraya aku mendapat idea. Aku mahu mencari siapa gadis penukar tayar. Ya, aku harus.Aku mesti.Aku tekad. Mencari sampai dapat.

...............

Seluruh kedai tayar di kawasan perindustrian Glenmarie aku redahi. Mencari gadis penukar tayar. Tapi...hampeh! Gadis mende, bangla ramai aa! Pundek hamster!

Aku kecewa. Sekecewa Awie dengan motor Harleynya, Faizal Hussin dengan scramblernya.

Tiba-tiba. (sila saspen)

Aku terlihat sebuah kereta tersadai di bahu jalan. Dan ketika ini (insert lagu Search "Gadisku") aku terpaku melihat seorang gadis yang ayu memakai hot pants berpeluh menukar tayar. Aku yakin dialah yang miliki jiwa aku.

Kejadian selanjutnya amat indah bagi aku. Aku menemui pemilik jiwa aku, dan CINTA.





-Cerita ini didedikasikan kepada cinta hati saya,Olive.

Thursday, January 28, 2010

Cinta (episod 2)

Aku masuk balik. Dub dab dub dab. Bukan bunyi jantung tetapi bunyi kentut yang ditahan-tahan.

Kelihatan gambar pisang bersaiz 4x2 kaki menghiasi dinding utama di pejabat tersebut, dan ia bagaikan memberi aku harapan. Pisang,metafora yang tinggi nilai estetikanya. Pisang, bagaikan menggamit kejayaan untuk aku.

Selain itu, menurut kajian tempatan yang dilakukan, 100 gram pisang menyediakan 1.2 gm protein, 0.3 gm lemak, 17 mg kalsium, 78 mg karotena, 88 mg kalium, 27.2 gm karbohidrat, 0.4 gm serabut, dan 116 kcal tenaga.

Selain itu, menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Wah! Hebatnya pisang yang Allah rezekikan kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup semasa mereka beraksi dalam apa-apa pertandingan sukan.

Dan pisang juga dikategorikan sebagai simbol rasmi bagi Persatuan George Michael Sedunia. Maka, harapan untuk permohonan diluluskan amatlah tinggi kerana aku adalah dambaan ahli persatuan itu. Ke mana sahaja aku pergi, aku pastinya perawan kegilaan mereka. Bunyi siulan dan tempikan yang agak fenomena diiringi dengan flash kamera sudah menjadi makanan ruji bagi aku sekiranya tempat kunjungan aku, didatangi segerombolan ahli kumpulan ini.

Dan hujah ini pastinya menguatkan harapan aku. Bos pejabat ini pastinya salah seorang dari mereka. Aku yakin. Encik Setan seorang gay!

..........

"Minta maaf encik. Ya, encik yang kacak tu!" jerit-jerit manja seorang penyambut tetamu mirip wajah Diana Danielle berbadankan Rozita Che Wan bersuarakan Abot. Judastina mungkin.
Ketika itu aku sedang duduk di sofa bertentang dengan gambar pisang.
"Ya saudari,dimaafkan." ,sahut aku yang sedikit kabur mengapa dia meminta maaf.
"Oh, bos saya mahu berjumpa encik.Berkenaan dengan permohonan encik..sila masuk ke bilik bos sekarang juga."
"Okey." jawabku ringkas seolah-olah tidak mahu melayan. Orang kacak memang begitu fiilnya.


Tok tok tok (Bukan bunyi meminta pertolongan kepada ketua kampung tetapi bunyi ketukan pintu)
"Masuk!"
Aku melangkah dengan yakin.
Darahku berderau melihat seorang lelaki di pertengahan usia memakai singlet ketat dengan rekaan di bahagian belakang dikemaskan dengan labuchi berbentuk hati. Berposisikan membelakangi aku, aku dapat melihat tatu kupu-kupu comel di alur punggungnya (yang sedikit berbulu).

"Encik X(bukan nama sebenar. nama sebenar ialah Tengku Danial Benjamin Reza). Sedap nama kamu. Hmm...Soalan pertama saya.Kenapa kamu mau menjual jiwa kamu kepada saya." ,tanya Encik Setan.
"Saya mahu melunaskan hutang PTPTN saya. Dan saya ingin menggunakan wang selebihnya untuk membeli bekalan makanan selama setahun. Saya bercadang mahu berpindah ke Kutub Selatan dan berkawan dengan peguin.", alasan yang cukup bernas daripada aku.

Keadaan diam seketika. Encik Setan memberikan hmmmmmmmmmmmmmm yang cukup panjang.

"Tapi", sambung Encik Setan. "Jiwa kamu telah dimiliki. Bagaimana pula saya nak beli jika ia telah diambil orang lain?", jelas beliau.

"Hah? Setahu saya, jiwa saya ni belum pernah dijual kepada sesiapa.", bagaikan keluh kesah bersama Cik Esah.

"Tapi jiwa kamu telah dimiliki oleh Gadis Penukar Tayar!", dengan ton paling gay di dunia sambil memalingkan wajah ke arahku."Permohonan kamu ditolak. Cakckcakcakcakcakcakcak!"

"Tapi encik...", rayuku dengan mata kucing Parsi kacukan.

"Ada aku kisah! Diva hanjing cakcakcakcakcakcakcakcak!"



(bersambung lagi)

Wednesday, January 27, 2010

Cinta

Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat. Kelmarin hari Rabu. Hari aku membeli naskhah tabloid sensasi yang muka depan terpampang artis wanita Melayu seksi berbikini. Tiada apa yag menarik minatku sepanjang tempoh bacaan, tetapi di ruang iklan,
"Anda Miskin? Ada Ijazah Tapi Gaji Tak Seberapa? Ayuh Jual Jiwa Anda Kepada Setan!", membuat kepalaku kebas untuk seketika bagaikan disepak tangan dan disepak kaki di muka oleh Triple H. Diselang seli dengan gaya balik kuang oleh Hardy Boyz ke atas kepalaku. Kebas dan kosong. Rasanya. Tidak percaya. Setan?

Hmm...menarik juga iklan ini. Aku yang kerja makan gaji (slash) makan tak cukup agak sesuai dengan urusan niaga yang ditawarkan. Ayat pada iklan itu agak seduktif, mesti hasil kerja penulis kopi dari Naga DDB.

Jiwa aku memang kosong.Tiada nilai. Alasan yang kukuh untuk aku menjual, kerana tiada guna aku menyimpan.

Kookk kok kookk kook.Bunyi nada dering ayam jantan telefon bimbitku berbunyi.

"Hello", salam dari pemanggil misteri.
"Hello", balasku.
"Dari suara awak, saya bersumpah yang awak ni seorang yang kacak!"
"Siapa ni? Jangan buang masa saya.Saya tau saya kacak. Apa yang awak mahu hah?!, balasku ala suara Shamsul bin Datuk Yusof bin Encik Haslam.
"Maafkan saya, saya terlupa kenalkan diri.Terkesima mendengar suara awak. Nama saya Judastina Natasha. Saya dari Agensi Jual Beli Jiwa D'Setanz Sdn Bhd.Berhubung dengan ..
"Permohonan saya diluluskan?",aku teruja.
"Ya encik. Sila bawa salinan Kad Pengenalan dan salinan bil air dan elektrik. Untuk maklumat lanjut,layari www.dsetanz.com",kata Judastina.
"Baiklah, terima kasih cik," seraya itu aku terus menjerit "Yes" sambil membuat lompat bintang tanda gembira.

Hari ini hari Jumaat.

Aku harapkan urusan jual beli jiwa berjalan lancar.

Pagi Jumaat, aku bangun dengan gaya paling seksi sekali. "Dienā, kas Es ceru", cakap aku dengan diri sendiri dalam bahasa Latvia.(Terjemahan:hari yang aku tunggu-tunggu). Aku mulakan hari dengan tarian tango. Senaman persedian untuk aku berjalan kaki ke pejabat D'Setanz(tidak cukup wang menaiki bas kerana dihabiskan untuk SMS ON CINTA).
Dan kini aku bersedia. Dengan haruman lavendar disembur rata ke seluruh badan, kemeja berkolar dibutang hingga ke atas, dirapikan dengan tali leher bercorak Naruto yang dibeli di pasar malam, ternyata aku sudah bersedia. Oh, tag nama tidak dilupa.

Selepas 14 kali aku berkata aku bersedia, aku meneruskan perjalananku ke pejabat urusan D'Setanz.

Aku pun tiba.Aku buka pintu. Aku masuk. Aku keluar balik. Aku kena marah. Aku masuk pakai kasut.


(akan bersambung)

Thursday, January 14, 2010

Sifir Sihir (episod akhir yang terakhir)

Ketika dalam teksi itu, aku sedari cahaya berkelipan bak bola-bola api kecil di mulut si pemandu. Perasaan ingin tahu aku menebal, menyangkakan pemandu teksi itu Lil Wayne kerana memakai bling bling. Nah, sangkaanku meleset sama sekali! Rupanya kelipan itu datang dari gigi pasca-susu milik seorang insan bernama Mr Os. Aku begitu gembira menaiki teksi dipandu oleh hero zaman kecilku. Langsung aku terus abadikan gigitannya di tangan kiriku sebagai tanda kenangan bersamanya.
Hampir 30 minit aku menghabiskan masa bersama heroku, aku mengambil keputusan untuk tidak terus ke rumah. Naluriku bagaikan mahu aku ke satu tempat, tempat yang akan mengubah nasib aku. Ya. Tempat itu ialah Akademi Gusti Lengan 4 Sekawan Baik Berpada-Pada Buat Jahat Jangan Sekali (tm), yang terletak di lot rumah kedai berhampiran rumahku.

Di situlah, destiniku akan bermula. Aku dapat merasakan yang aku akan menjadi bakal bekas juara gusti lengan yang disegani!

(selepas 15 tahun)

Aku kini bertambah kacak. DAN BEKAS JUARA GUSTI LENGAN!

*pengajaran yang dapat disimpulkan:
Kelemahan bukannya menjadi alasan untuk kita tidak mencapai impian dan berjaya. Ya adik-adik muslim, hingga ketemu lagi.

Wednesday, January 13, 2010

Sifir Sihir (episod akhir)

Setibanya aku di lapangan terbang, aku dapat melihat kapal-kapal terbang. Lalu aku cakap di dalam hati, " Kalau kumpul RM3.50 sehari, bolehkah saya membeli sebuah kapal terbang ini?". Lalu aku menjawab sendiri ," Tidak boleh", tanpa memberikan alasan-alasan dan hujah matematik (sumpahan matematik,sila rujuk episod awal).
Aku terus meneruskan perjalananku,kadang-kadang berlari, ke arah tempat mengambil bagasi. Tanpa kusedari, ibuku telah dilarikan oleh 14 orang yang berkot hitam berjenama Armani. Aku dengan semulajadi berlari setempat (untuk panaskan badan) lalu terus memecut ke arah 14 badigol tersebut. Hampir semua seni pertahanan dan serangan diri yang aku pelajari dari cerita Jackie Chan aku keluarkan. Dan seperti biasa, kemenangan mudah berpihak kepada seorang lelaki tampan menarik lagi tertarik(penulis).
Rupa-rupanya, mereka adalah ahli kongsi gelap yang beroperasi di Jalan Yap Kwan Seng (berhampiran KLCC) yang menculik remaja-remaja pintar untuk dijadikan protoge Ketua Samseng mereka. Yang menghairankan,selama ini aku dianggap remaja istimewa (lemah matematik) tetapi menjadi dambaan sebuah kongsi gelap yang mempunyai citarasa fesyen yang tinggi. Aku hairan lalu aku singgah ke kedai mamak untuk memesan segelas teh ais.
Setelah 15 minit aku minum secara perlahan-lahan, aku hantar ibuku pulang menaiki teksi."Biasa la, hero kena tunjuk cool, dan kasihkan ibu, barulah ramai gadis-gadis menjadi peminat misteri", bisik hatiku.
Sejurus kepulangannya, aku terus tersedar, kenapa aku hantarnya pulang, walhal kami tinggal dalam satu rumah yang sama. Kenapa aku tak ikutnya saja,kata hatiku cemas seperti menonton filem thriller arahan Prof Razak Mohaiden.

Lalu aku pulang dengan menaiki teksi.

Sunday, January 3, 2010

Sifir Sihir

Sepanjang 27 tahun aku membesar sebagai pemuda yang kacak dan dijadikan teladan oleh ahli pengakap muda seluruh daerah Kota Setar,aku tak lari dari menghadapi masalah dalam kehidupan. Dari dulu aku telah mengalami kesulitan angkara ahli sihir tua yang telah menyumpah aku bodoh matematik selama 78 tahun. Sejak dari zaman KBSR hinggalah ke KBSM dibawa ke zaman ijazah, aku tidak mampu menghafal sifir dengan baik. Ketika zaman kanak-kanakku yang comel, aku pernah berazam untuk memikat Siti Sifir dan menjadikan beliau sebagai kekasihku atas dasar mempelajari sifir. Namun tidak berjaya kerana aku amat memilih terhadap teman percintaan. Lantas punah semua hasratku untuk menjadi bijak matematik.

Tahun demi tahun, peperiksaan demi peperiksaan, aku masih gagal untuk membuktikan bahawa sumpahan tersebut boleh dimatikan. Ibuku pernah membawa aku berubat hingga ke Tibet dan membawaku bertemu dengan Dalai Lama. Ommmmmmm kata Dalai Lama. Kami tidak faham sepatah haram lalu terus menempah tiket Air Asia balik ke Kuala Lumpur.

Aku tekad.

Aku mahu menumpaskan ahli sihir tua itu.

(bersambung)

Followers