Thursday, December 27, 2012

Taubat Seekor Hamster

Hidup ini memang kelakar.
Sebab tak semestinya kamu sentiasa di atas. Ada naik, ada turunnya. Macam roda.
Lagi kelakar kalau kamu memang hidup di dalam roda.
Ya, aku dah dua tahun hidup sebagai hamster. Separuh nyawa hidupku dihabiskan dengan berlari di dalam roda ini.
Dan aku taubat. Tak mau jadi hamster dah.

Tuesday, October 16, 2012

Bola Itu Bulat

Bola itu bulat,
Bulat itu bola.
Itu bola bulat,
Bulatnya bola itu.

Bola itu bulat,
Bulatnya mata dia.

Bola itu bulat,
Bola itu berbulu lebat.
Bola itu bulat.
Bola itu tak rela bermadu.

Thursday, October 11, 2012

Permata kata di hari Jumaat

"Uih mamat ni aku cakap kote dia panjang tapi haritu aku ngendap masa dia kencing kecik, mcm Twisties™"


"Cuba kau tengok Mahfuz Zakirullah tu. Tak blah sial aku ngan dia!"

"Si Polan bin Siolan Kedamaian tu asyik komplen pasai keje banyak. Rileks aa...macam dia sorang ja keja banyak!"

Janganlah anda takut dengan dialog-dialog seperti di atas diperkatakan di belakang anda. Mereka pun sama jugak dengan kita. Ada orang cakap belakang tentang mereka.

Kerana sesungguhnya kita semua sama, datang dari burit juga.

Tongkatkan dagu, mata lihat di atas dan renungkanlah.

Encik Si Pemecah Hati

Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy. 
Pekerjaan, inspektor kesihatan. 
Umur 25 tahun. 
Status, bujang.

Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy mempunyai dua ibu. Ibu kandungnya dan satu lagi ibu yang telah lama ditinggalkannya, ibu duit. Dia kini telah insaf. Mencari pekerjaan halal dengan mengesan nyamuk denggi di sekitar zon panas- Subang Jaya dan Shah Alam.

Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy gembira dan selesa dengan pekerjaannya. Namun, dia tiada cinta. 

Dan nak dijadikan cerita, dia bertemu dengan Ema Manan, seorang gadis ceria. Namun di sebalik keceriannya, dia punya hati kaca. Silap haribulan kepala lutut hinggap kepala.

Ema Manan seorang gadis bertali pinggang hitam dalam Silat Gayung dan Silat Tempur CakraAlamMakanLampuKaca, kerana abangnya ialah seorang pendekar keris hitam bersepuh emas bernama Eman Manan. Namun, ia tiada kena mengena dengan cerita ini. Hanya untuk bacaan ringan sahaja. 

Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy suka dengan penampilan Ema Manan. Ada gaya. Bawak berjalan di Publika pun tak malu muka. Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy pun mengayat Ema Manan untuk menjadi teman jiwa.

Ternyata, Ema Manan pun tertarik dengan perwatakan Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy. Pandai memujuk, mempunyai kumis nipis, makanan kegemaran- masakan ibu dan suka bersukan. Ciri-ciri lelaki dambaan Ema Manan.

Namun di sebalik gaya romantis Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy, terdapat sisi hitamnya. Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy sebenarnya ialah seorang pemecah hati ("heartbreaker" bak kata Will.i.am).

Semua ini adalah lakonan Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy untuk memecahkan hati Ema Manan.

Di satu malam yang dingin, Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy mengajak Ema Manan pergi ke i-City. Dalam perjalanan ke situ, Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy mengambil pisau dan menikam dada lalu diambilnya hati kaca Ema Manan. Dan pecahkannya.

Encik Shafaruddin Kamaruzaman bin Osman Kayakuthy.
Encik Si Pemecah Hati.




Wednesday, October 10, 2012

(o) (o)

Sesiapa yang terjumpa lubang hidung ini, sila kembalikan kepada pemiliknya. Terima kasih.

Tuesday, July 24, 2012

Lepaskan amarahmu di papan kekunci!

bcuepiucbbub@#$&%!!!!! NE#BEU#&$$R*()@*E&$#$(#!!!!!!#&#$
E@$#UIDG $(&$@^ @)^$!!!!

Followers