Sunday, December 18, 2011

Cinta Metropolitan

Moktarzani  ialah seorang bayi, 28 tahun yang lalu. Membesar di kawasan pinggir bandar, Moktarzani seorang anak yang taat, tidak menghisap gam tetapi suka melihat wanita berdada besar. Moktarzani juga aktif  bersukan malah cemerlang dalam pelajaran. Setelah menghabiskan 17 tahun di kampung, Moktarzani bertekad ingin mengenal dunia di luar dimensi persekitarannya dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran di kawasan lebih urban-KL. Moktarzani mengenali KL dari cerita-cerita polis di mana A.Galak menjadi sarjan. Cerita polis yang tak fikir banyak terus tembak dan polis sesama sendiri pun nak cakap skema. Tapi Moktarzani tenang saja, mungkin sekadar cerita, bisik hatinya.

Sebaik menjejakkan kaki ke KL, Moktarzani berasa begitu teruja sehingga lengguh lehernya. Bukan tengok bangunan tinggi tapi melihat wanita-wanita berdada besar yang seksi. Tiba-tiba Moktarzani mendapat idea untuk menukar namanya. "Orang KL tak pakai nama penuh", kata Moktarzani. lalu dia menggelarkan Tarzan pada dirinya sendiri. Buang "Mok-", buang "-i".

Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani), kini menjadi seorang pria yang tampan dan tegap. Setelah 5 tahun di bandar raya metropolitan ini, banyak perubahan berlaku padanya. Perubahan pertama yang ketara ialah penggunaan perkatan "Ekceli" dalam setiap tutur katanya.Well ekceli, orang KL mmg cakap macam tu pun. Rasa-rasanya.

Di KL, Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani) bertemu dengan seorang gadis manis bernama Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane). Gadis ini berasal dari kampung dan bertukar warna rambutnya apabila berpindah ke KL. Mereka bercinta sering bertukar-tukar kata "Ekceli, i love you" sesama mereka.

Pada satu hari yang indah dan permai, di kala pak tani memetik strawberi di bawah sinar mentari, Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani) telah didatangi oleh seorang gadis urban berdada besar. Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani) begitu terkejut lalu terkeluar kata "Ekceli, i love you". Semenjak itu, mereka bersama, di waktu malam sahaja.

Pada satu malam yang tidak indah dan tidak berapa permai, Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane) pun berjogging kerana ingin mengekalkan bentuk badan yang catik dan montok terkesima melihat dua lembaga sedang beromen di sebalik tiang. Lembaga pertama dikenalpasti sebagai spesis jantan, berhayung sambil bersengama di sebalik tiang itu. Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane) menghampiri. Homaigot! Rupa-rupanya lembaga itu ialah Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani). Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane) menangis lalu meninggalkan tempat itu dan berlari-lari di dalam hujan.

Selepas 5 tahun, Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane) telah pulang ke kampung dan berkahwin dengan seorang pegawai pejabat tanah. Moktarzani (dahulu dikenali sebagai Tarzan) telah insaf, lalu menyertai tabligh.

Tuesday, November 22, 2011

Duaplohsablah duaploh sablas.

Tanggal 20.11.2011, tarikh keramat dan bersejarah buatku. Pada hari inilah, buat kali pertama dalam hidupku yang agak sempurna ini, aku merajuk dengan diri sendiri. Betul, bukan main-main. Bukan dengan Tiz Zakiah. Bukan dengan Diana Danielle. Tapi dengan diriku ini.

Sedih. Jika dikumpulkan kesemua lagu Anuar Zain dan Hazami dimainkan tanpa henti pun tidak dapat menandingi kesedihan aku. Jangan terkejut wahai pembaca sekalian, penulis yang bertubuh gagah dan menggiurkan ini juga mempunyai hati dan perasaan.

Semua ini terjadi kerana kealpaanku. Selepas makan tengah hari di sebuah restoran bertaraf lima bintang, penulis beransur pergi ke keretanya. Namun pergerakannya diperhatikan oleh seorang peminat fanatik. Penulis terus berlari ke arah kereta yang dihadiahkan oleh Maria Farida kepadanya, kerana malas melayan peminat itu. Selepas masuk ke dalam kereta, penulis agak sedikit lega dan terus memecut laju ke kediaman mewahnya.

Sampai sahaja di rumah, penulis menyedari dompetnya telah tercicir. Hanya Tuhan saja mengetahui betapa kecewanya penulis. Semua barang berharga dan gambar-gambarnya bersama artis-artis seksi wanita Malaysia ada di dalamnya. Duit tak kisah sangat. Kad kredit pun takdehal lah. Tapi yang penting, gambar penulis sendiri yang pasti dibuat bukan-bukan oleh mereka yang menjumpanya. Penulis menerimanya dengan redha namun sedikit merajuk dengan diri sendiri.
Cara-cara penulis merajuk:

Terjun ke katil, tekapkan muka di bantal sambil menjerit lalu kaki dihentak-hentakkan seraya melihat cermin.
Inilah cara merajuk dengan diri sendiri.

Friday, November 18, 2011

Membudayakan Jilat-Menjilat

Ji ji ji lat.
Banyak jilat naik atas.
Ji ji ji lat.
Sapa jilat naik atas.
Ji ji ji lat.
Banyak jilat naik atas.
Ji ji jilat o hoii...Sapa jilat naik atas.

Thursday, November 17, 2011

Langkah-langkah untuk menjadi Roy

1. Pastikan orang lain sanggup keringkan bibir dan senyum untuk anda
2. Dilarang sama sekali menyimpan side burn
3. Biarkan rambut anda panjang dan kerinting. Selepas 4 bulan, trim di sisi kiri dan kanan kemudian simpan mullet.
4. Nyanyikan lagu patriotik sejurus anda bangun tidur.
5. Pakai baju bersama kot yang berkolar besar sedondon dari atas ke bawah..
6. Bertawakal.

Tuesday, November 8, 2011

Lagu sedih

Jeng jeng jeng jeng
Jeng je jejet jejeng jeng
Je je jet jet jet
Jeng jeng

Ketiew tiew tiew tiewwww
Tiew tiew Tiew
Keting ting ting
Jeng jeng jeng jeng
Jeng jeng jengg

Jeng jeng jeng jeng

Jeng je jejet jejeng jeng
Je je jet jet jet
Jeng jeng

Sunday, October 30, 2011

Petua hilangkan mengantuk dan tekanan di depan monitor komputer

Langkah pertama, sila buka software word. Jika tiada dalam komputer anda, sila muat turun atau pinjam dari rakan anda.

Kemudian, buka "new document". Perhatikan huruf-huruf di papan kekunci. Lihat dan pejam mata selama 2 saat sambil mengingati susunan huruf-huruf berkenan. Selepas itu buka mata anda, sambil tekan butang Enter menggunakan siku. Tekan sebanyak dua kali. Siku kiri dan siku kanan. Kemudian taipkan perkataan mak hang pak hang mak hang pak hang atau UncLe AwucK Pakai G-String menggunakan font jenis Arial dan double spacing. Penuhkan satu laman A4. Cut and paste tidak dibenarkan.

Sesudah selesai, pakai headphone dan pasangkan lagu kegemaran anda. Nyanyi lagu kegemaran anda menggunakan lirik mak hang pak hang mak hang pak hang mengikut irama. Siku anda pula dimestikan menekan butan space bar dan Enter secara berselang seli.

Jika masih tertekan atau mengantuk, gunakan muncung hidung untuk menaip perkataan EBBY YUS GOJES. Semua huruf besar. Tidak dibenarkan menggunakan Capslock. Tekan shift dan huruf yang hendak ditaip. Menggunakan hidung ya!

Sekian petua untuk hari ini.

Pekerja produktif, negara sihat.

Thursday, October 6, 2011

Mati

Saya ialah misai.
Saya sama seperti rambut, tetapi saya di atas mulut.
Saya suka dengan tuan saya.
Setiap hari dia menyikat saya.
Dia menyikat saya dengan lembut.
Sebab itu saya suka tuan saya.
Walaubagaimanapun, tuan saya suka makan nasi berkuah kari.
Selalunya habis kuah kari terlekat pada saya.
Tuan saya biarkan saja.
Saya jadi sedih.
Tetapi saya selalu dibersihkan oleh teman lelaki tuan saya.
Teman lelaki tuan saya pun ada misai.
Nama misai itu Terence.
Dia baik.
Kami selalu bertembung apabila tuan saya dan tuan Terence bermalam bersama.
Pada suatu hari, saya nampak tuan saya membeli pencukur.
Saya rasa sangat terkejut. Saya juga rasa amat marah.
Saya mahu merajuk tetapi tuan saya tak suka memujuk.
Pada suatu hari yang lain, tuan saya bangun pagi dengan saya dibasahi dengan sejenis lendir. Saya tak tahu apakah lendir itu, tetapi berbau pandan.
Tuan saya mengambil keputusan untuk mencukur saya.
Tamatlah riwayat saya sebagai misai.

Wednesday, September 28, 2011

Tidur tanpa menanggalkan solekan penyebab jerawat? Girls, mari ramai-ramai menjerit OH TIDAK!

Girls, jangan asyik fikirkan rona busana musim panas dari ibu kota cinta Paris saja! No,no no.
Fashionista bukan sekadar melaram dengan fesyen blaus labuchi potongan dada V, dan rekaan kasut avant garde, sekali-sekala fikirkan juga tentang penjagaan wajah. Head to toe ok!

Tahukah anda tidur tanpa menanggalkan solekan boleh menyebabkan jerawat. Girls, take note k! Ini mitos sahaja belaka. Jerawat bukan punca daripada solekan, tapi daripada tidur. Cuba fikir, apa bezanya jika mengenakan solekan apabila tidur ataupun ketika jaga. Tiada bezakan! Itu sebabnya solekan bukan penyebabnya.

Kajian mengatakan jerawat terjadi bukan kerana anda tidak menanggalkan solekan ketika tidur tetapi kerana anda tidak menanggalkan seluar dalam anda sewaktu tidur. Pelik, tapi terbukti benar.

Salam XOXO

Wednesday, September 21, 2011

Jom bongkar rahsia sains!

Ya adik-adik! Jom bersama-sama abang melakukan eksperimen ini. Mudah saja. Ia menguji deria bau adik-adik. Bukan, adik-adik tak perlu hisap gam. Percayalah pada abang.

Mula-mula adik jilat sekeliling bibir (bibir sendiri, jika bibir orang lain, minta izin dahulu). Basahkan sekeliling bibir secara rata.
Kemudian, muncungkan mulut.
Akhir sekali, sambil adik-adik muncungkan mulut, tarik nafas dalam-dalam.

Cuba teka bau apa?

Selamat mencuba adik-adik cerdasku!

Monday, September 19, 2011

Hantu Susu

Jika anda pernah darjah 1/2/3/4/5 pada tahun 1990, anda pasti pernah mendengar tentang Hantu Susu. Penangan hantu ni memang, perghhh. Masa tu aku darjah 1. Belum sunat. bayangkan, akibat kesan Hantu Susu ini, seorang ibu telah berjaya dipengaruhi oleh seorang bakal pria kacak berusia 7 tahun yang belum sunat, untuk tidur di rumah Tok Wan (datuk)nya. Dan kesan positif kerana cerita hantu ini, aku berjaya menghafal ayat Kursi, dalam satu malam. Kalaulah ustazah sekolah rendah aku jadi Hantu Susu masa ujian fardu ain, pasti aku lulus dengan cemerlang.

Macam-macam versi telah aku dengar. Memang takut. Tapi yang paling aku meremang, cerita kawan sekolah aku. Dia kata jiran dia berbangsa Singh. Pada satu senja tu, biasalah, rutin Hantu Susu, ketuk rumah orang. Bila orang buka pintu, dia minta susu. Sekali abang Singh ni tak ikut scene sangat. Dia tak tau pun Hantu Susu tengah ins masa tu. Bila Hantu Susu mintak susu, dia kata, "sekejap aa kak". Dia pegi dapur, susu habis. Dia pegi depan, kat Hantu Susu tu, dia bagi Milo.

Power!

Sunday, September 18, 2011

Rimas

Pagi ini. Bukannya satu permulaan cemerlang. Tidur tak cukup, dengan dada ketat, hingus bertakung di lubang hidung. Memang rimas. Serimas pondan vogue yang dipaksa menyimpan misai. Hmm..tu belum cukup rimas. Ia serimas melihat drama di TV1, pada pukul 2 petang, hangat rembang macam tu. Bila kau tekan  butang 101 kat alat kawalan jauh tv berbayar, tup tup ada babak Ebby Yus bercomolot dengan Abon. Close up pulak tu. Selama 20 saat. Hah, rasa rimas macam tu laaa...

Tuesday, September 13, 2011

Aku menulis bukan kerana nama.

Apa kau nak kemasyhuran?!
Kau nak satu dunia kenal kau, hah?

Aku doakan kau berjaya.

Kerana aku menulis, secara digital, bukan kerana nama.
Aku menulis, secara digital, kerana hujan.

Kenapa, hairan?

Hujan ini.
Hujan yang menyumpahku.
Hujan yang membuatkan senjata kelakianku meliar, bangun dari beradu.

Sebab tu la aku menulis. Duduk diam-diam depan PC ni. Kang bangun kantoi la "Arabian Sex Machine" ni. Haih.

Aku menulis bukan kerana nama (tak pasal-pasal).

Kalau faham kasi angguk itu kepala.

Kau nak orang faham kau tapi kau sendiri tak faham apa kau nak. Orang lain yang kau nak dia faham kau pun sama tak faham dia kena faham kau ke tak. Kau tak faham-faham lagi, orang tak kan faham kau kalau kau tak faham orang lain.


Apa aku tulis ni pun aku tak faham.

Monday, August 15, 2011

Pembaziran

Abdul Rahman bin Ismail Marzuki:
Hai. Selamat petang sayang. Penat keje? Macam mana keje tadi? Mesti penatkan? Kesiannya. Saya laparlah? Teka saya nak makan apa. Hmm...Awak dah makan? Makan apa tadi? Saya rindu awak la? Awak tak rindu saya ke? Berapa banyak awak rindu saya. Nak jumpa tak? Jumpa kat Empire nak? Makan pavlova? Nak? Saya dengar ada promotion. Kalau tak nak takpe. Saya tak paksa. So, camna?

Sobehah binti Soleh:
K

Tuesday, August 9, 2011

Notis minta maaf.

Pertama sekali penulis ingin meminta maaf kepada pembaca-pembaca setia yang tak putus-putus menghantar surat juga e-mel, menanyakan tentang kemas kini terbaru blog ini. Berat hati penulis menghampakan hati pembaca tetapi apakan daya, penulis mempunyai komitmen lain di dunia realiti. Penulis juga ingin meminta maaf kepada ibu bapa kepada segelintir peminat lelaki yang menukar orentasi seks mereka kerana terlalu taksub kepada kesempurnaan penulis. Maaf sekali lagi.

Sepeninggalan penulis di dunia maya, banyak perubahan telah berlaku dari segi fizikal dan juga mental penulis. Tubuh penulis kini menjadi lebih sasa dan wajah penulis telah diambil sebagai rujukan studio-studio perfileman Hollywood  untuk dijadikan panduan hero filem mereka. Oleh sebab itu penulis tiada masa  untuk menulis kerana terlalu sibuk melayan karenah-karenah bangsa asing ini.
Hibernasi bukan bermakna mati. Ada banyak lagi penulisan yang akan dikongsi bersama pembaca nanti.
Salam.

Thursday, February 17, 2011

Tuesday, February 15, 2011

a/s/l please.

Hai.

Salam perkenalan.

Nama saya Iz. Kegemaran, melihat bintang juga mengejar pelangi. Dan saya seorang bohjan pondan. Nak berkenalan?

Umur saya baru 27 tahun. Tinggal kat area Bangsar. =)

Jadi seorang bohjan pondan seperti saya memerlukan iltizam dan komitmen yang tinggi. Pengorbanan adalah kata kunci. Orang selalu pandang rendah, macamlah saya ni tak ada harga diri. Oh tolong sikit kay, RM120 je satu malam,hihi.

Thursday, January 20, 2011

Legenda Budak Syaitan (Bahagian Akhir)

Malam makin pekat. Masa makin singkat. Takut dan kemahuan ingin tahu tak dapat disekat. Dipermudahkan, aku terus membuka pintu pejabat. Untuk cekidaut siapa itu lahanat.

Buka pintu, takder apew-apew ponk! Benciewnyew~

Oh sebelum itu, pejabat aku beroperasi di lot kluster berkembar berhampiran kafe-kafe dan pub, di mana boleh dilihat ramai eksekutif muda merehatkan minda menghirup arak berjenama import. Golongan ini rata-ratanya berpendapatan RM1800-RM2500. Jika dihitung penampilan metroseksual mereka dengan lagak gaya bir di tangan dengan pendapatan bulanan, gerenti cukup bulan tak cukup makan. Mereka ini juga sering menonjolkan diri tapi dalam, apa pun tadak! Senang cakap dengan makhluk-makhluk ini, gajah pun boleh terbang. (merujuk kepada hanya segelintir)

...

Aku menuruni anak tangga. Ku lihat kiri dan kanan. Rupanya seorang pemuda Tiong Hua sedang membaiki motor. La, rakan sekerja rupanya!
(menepuk dahi*)

*sebab nyamuk gigit.

Rakan sekerjaku ini bernama Tan. Aku, lelaki sempurna, lantas menjalankan amanah sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab, membantu beliau walaupun tidak tahu selok-belok tentang permotoran. Kalau persetubuhan, adik boleh tanya abang!

Aku tengok/pegang/belek serba-sikit. Kemudian cuba hidupkan motor Tan yang nama Inggerisnya, Shy.

Dshttt,ngstt,psbttt...

Bunyi motor model Yamaha Legenda 110Z rupanya. Sial betul, Legenda budak Shy Tan ni!

Followers