Monday, September 19, 2011

Hantu Susu

Jika anda pernah darjah 1/2/3/4/5 pada tahun 1990, anda pasti pernah mendengar tentang Hantu Susu. Penangan hantu ni memang, perghhh. Masa tu aku darjah 1. Belum sunat. bayangkan, akibat kesan Hantu Susu ini, seorang ibu telah berjaya dipengaruhi oleh seorang bakal pria kacak berusia 7 tahun yang belum sunat, untuk tidur di rumah Tok Wan (datuk)nya. Dan kesan positif kerana cerita hantu ini, aku berjaya menghafal ayat Kursi, dalam satu malam. Kalaulah ustazah sekolah rendah aku jadi Hantu Susu masa ujian fardu ain, pasti aku lulus dengan cemerlang.

Macam-macam versi telah aku dengar. Memang takut. Tapi yang paling aku meremang, cerita kawan sekolah aku. Dia kata jiran dia berbangsa Singh. Pada satu senja tu, biasalah, rutin Hantu Susu, ketuk rumah orang. Bila orang buka pintu, dia minta susu. Sekali abang Singh ni tak ikut scene sangat. Dia tak tau pun Hantu Susu tengah ins masa tu. Bila Hantu Susu mintak susu, dia kata, "sekejap aa kak". Dia pegi dapur, susu habis. Dia pegi depan, kat Hantu Susu tu, dia bagi Milo.

Power!

No comments:

Followers