Tuesday, November 22, 2011

Duaplohsablah duaploh sablas.

Tanggal 20.11.2011, tarikh keramat dan bersejarah buatku. Pada hari inilah, buat kali pertama dalam hidupku yang agak sempurna ini, aku merajuk dengan diri sendiri. Betul, bukan main-main. Bukan dengan Tiz Zakiah. Bukan dengan Diana Danielle. Tapi dengan diriku ini.

Sedih. Jika dikumpulkan kesemua lagu Anuar Zain dan Hazami dimainkan tanpa henti pun tidak dapat menandingi kesedihan aku. Jangan terkejut wahai pembaca sekalian, penulis yang bertubuh gagah dan menggiurkan ini juga mempunyai hati dan perasaan.

Semua ini terjadi kerana kealpaanku. Selepas makan tengah hari di sebuah restoran bertaraf lima bintang, penulis beransur pergi ke keretanya. Namun pergerakannya diperhatikan oleh seorang peminat fanatik. Penulis terus berlari ke arah kereta yang dihadiahkan oleh Maria Farida kepadanya, kerana malas melayan peminat itu. Selepas masuk ke dalam kereta, penulis agak sedikit lega dan terus memecut laju ke kediaman mewahnya.

Sampai sahaja di rumah, penulis menyedari dompetnya telah tercicir. Hanya Tuhan saja mengetahui betapa kecewanya penulis. Semua barang berharga dan gambar-gambarnya bersama artis-artis seksi wanita Malaysia ada di dalamnya. Duit tak kisah sangat. Kad kredit pun takdehal lah. Tapi yang penting, gambar penulis sendiri yang pasti dibuat bukan-bukan oleh mereka yang menjumpanya. Penulis menerimanya dengan redha namun sedikit merajuk dengan diri sendiri.
Cara-cara penulis merajuk:

Terjun ke katil, tekapkan muka di bantal sambil menjerit lalu kaki dihentak-hentakkan seraya melihat cermin.
Inilah cara merajuk dengan diri sendiri.

Friday, November 18, 2011

Membudayakan Jilat-Menjilat

Ji ji ji lat.
Banyak jilat naik atas.
Ji ji ji lat.
Sapa jilat naik atas.
Ji ji ji lat.
Banyak jilat naik atas.
Ji ji jilat o hoii...Sapa jilat naik atas.

Thursday, November 17, 2011

Langkah-langkah untuk menjadi Roy

1. Pastikan orang lain sanggup keringkan bibir dan senyum untuk anda
2. Dilarang sama sekali menyimpan side burn
3. Biarkan rambut anda panjang dan kerinting. Selepas 4 bulan, trim di sisi kiri dan kanan kemudian simpan mullet.
4. Nyanyikan lagu patriotik sejurus anda bangun tidur.
5. Pakai baju bersama kot yang berkolar besar sedondon dari atas ke bawah..
6. Bertawakal.

Tuesday, November 8, 2011

Lagu sedih

Jeng jeng jeng jeng
Jeng je jejet jejeng jeng
Je je jet jet jet
Jeng jeng

Ketiew tiew tiew tiewwww
Tiew tiew Tiew
Keting ting ting
Jeng jeng jeng jeng
Jeng jeng jengg

Jeng jeng jeng jeng

Jeng je jejet jejeng jeng
Je je jet jet jet
Jeng jeng

Followers