Monday, August 15, 2011

Pembaziran

Abdul Rahman bin Ismail Marzuki:
Hai. Selamat petang sayang. Penat keje? Macam mana keje tadi? Mesti penatkan? Kesiannya. Saya laparlah? Teka saya nak makan apa. Hmm...Awak dah makan? Makan apa tadi? Saya rindu awak la? Awak tak rindu saya ke? Berapa banyak awak rindu saya. Nak jumpa tak? Jumpa kat Empire nak? Makan pavlova? Nak? Saya dengar ada promotion. Kalau tak nak takpe. Saya tak paksa. So, camna?

Sobehah binti Soleh:
K

Tuesday, August 9, 2011

Notis minta maaf.

Pertama sekali penulis ingin meminta maaf kepada pembaca-pembaca setia yang tak putus-putus menghantar surat juga e-mel, menanyakan tentang kemas kini terbaru blog ini. Berat hati penulis menghampakan hati pembaca tetapi apakan daya, penulis mempunyai komitmen lain di dunia realiti. Penulis juga ingin meminta maaf kepada ibu bapa kepada segelintir peminat lelaki yang menukar orentasi seks mereka kerana terlalu taksub kepada kesempurnaan penulis. Maaf sekali lagi.

Sepeninggalan penulis di dunia maya, banyak perubahan telah berlaku dari segi fizikal dan juga mental penulis. Tubuh penulis kini menjadi lebih sasa dan wajah penulis telah diambil sebagai rujukan studio-studio perfileman Hollywood  untuk dijadikan panduan hero filem mereka. Oleh sebab itu penulis tiada masa  untuk menulis kerana terlalu sibuk melayan karenah-karenah bangsa asing ini.
Hibernasi bukan bermakna mati. Ada banyak lagi penulisan yang akan dikongsi bersama pembaca nanti.
Salam.

Followers