Sunday, October 30, 2011

Petua hilangkan mengantuk dan tekanan di depan monitor komputer

Langkah pertama, sila buka software word. Jika tiada dalam komputer anda, sila muat turun atau pinjam dari rakan anda.

Kemudian, buka "new document". Perhatikan huruf-huruf di papan kekunci. Lihat dan pejam mata selama 2 saat sambil mengingati susunan huruf-huruf berkenan. Selepas itu buka mata anda, sambil tekan butang Enter menggunakan siku. Tekan sebanyak dua kali. Siku kiri dan siku kanan. Kemudian taipkan perkataan mak hang pak hang mak hang pak hang atau UncLe AwucK Pakai G-String menggunakan font jenis Arial dan double spacing. Penuhkan satu laman A4. Cut and paste tidak dibenarkan.

Sesudah selesai, pakai headphone dan pasangkan lagu kegemaran anda. Nyanyi lagu kegemaran anda menggunakan lirik mak hang pak hang mak hang pak hang mengikut irama. Siku anda pula dimestikan menekan butan space bar dan Enter secara berselang seli.

Jika masih tertekan atau mengantuk, gunakan muncung hidung untuk menaip perkataan EBBY YUS GOJES. Semua huruf besar. Tidak dibenarkan menggunakan Capslock. Tekan shift dan huruf yang hendak ditaip. Menggunakan hidung ya!

Sekian petua untuk hari ini.

Pekerja produktif, negara sihat.

Thursday, October 6, 2011

Mati

Saya ialah misai.
Saya sama seperti rambut, tetapi saya di atas mulut.
Saya suka dengan tuan saya.
Setiap hari dia menyikat saya.
Dia menyikat saya dengan lembut.
Sebab itu saya suka tuan saya.
Walaubagaimanapun, tuan saya suka makan nasi berkuah kari.
Selalunya habis kuah kari terlekat pada saya.
Tuan saya biarkan saja.
Saya jadi sedih.
Tetapi saya selalu dibersihkan oleh teman lelaki tuan saya.
Teman lelaki tuan saya pun ada misai.
Nama misai itu Terence.
Dia baik.
Kami selalu bertembung apabila tuan saya dan tuan Terence bermalam bersama.
Pada suatu hari, saya nampak tuan saya membeli pencukur.
Saya rasa sangat terkejut. Saya juga rasa amat marah.
Saya mahu merajuk tetapi tuan saya tak suka memujuk.
Pada suatu hari yang lain, tuan saya bangun pagi dengan saya dibasahi dengan sejenis lendir. Saya tak tahu apakah lendir itu, tetapi berbau pandan.
Tuan saya mengambil keputusan untuk mencukur saya.
Tamatlah riwayat saya sebagai misai.

Followers