Wednesday, September 28, 2011

Tidur tanpa menanggalkan solekan penyebab jerawat? Girls, mari ramai-ramai menjerit OH TIDAK!

Girls, jangan asyik fikirkan rona busana musim panas dari ibu kota cinta Paris saja! No,no no.
Fashionista bukan sekadar melaram dengan fesyen blaus labuchi potongan dada V, dan rekaan kasut avant garde, sekali-sekala fikirkan juga tentang penjagaan wajah. Head to toe ok!

Tahukah anda tidur tanpa menanggalkan solekan boleh menyebabkan jerawat. Girls, take note k! Ini mitos sahaja belaka. Jerawat bukan punca daripada solekan, tapi daripada tidur. Cuba fikir, apa bezanya jika mengenakan solekan apabila tidur ataupun ketika jaga. Tiada bezakan! Itu sebabnya solekan bukan penyebabnya.

Kajian mengatakan jerawat terjadi bukan kerana anda tidak menanggalkan solekan ketika tidur tetapi kerana anda tidak menanggalkan seluar dalam anda sewaktu tidur. Pelik, tapi terbukti benar.

Salam XOXO

Wednesday, September 21, 2011

Jom bongkar rahsia sains!

Ya adik-adik! Jom bersama-sama abang melakukan eksperimen ini. Mudah saja. Ia menguji deria bau adik-adik. Bukan, adik-adik tak perlu hisap gam. Percayalah pada abang.

Mula-mula adik jilat sekeliling bibir (bibir sendiri, jika bibir orang lain, minta izin dahulu). Basahkan sekeliling bibir secara rata.
Kemudian, muncungkan mulut.
Akhir sekali, sambil adik-adik muncungkan mulut, tarik nafas dalam-dalam.

Cuba teka bau apa?

Selamat mencuba adik-adik cerdasku!

Monday, September 19, 2011

Hantu Susu

Jika anda pernah darjah 1/2/3/4/5 pada tahun 1990, anda pasti pernah mendengar tentang Hantu Susu. Penangan hantu ni memang, perghhh. Masa tu aku darjah 1. Belum sunat. bayangkan, akibat kesan Hantu Susu ini, seorang ibu telah berjaya dipengaruhi oleh seorang bakal pria kacak berusia 7 tahun yang belum sunat, untuk tidur di rumah Tok Wan (datuk)nya. Dan kesan positif kerana cerita hantu ini, aku berjaya menghafal ayat Kursi, dalam satu malam. Kalaulah ustazah sekolah rendah aku jadi Hantu Susu masa ujian fardu ain, pasti aku lulus dengan cemerlang.

Macam-macam versi telah aku dengar. Memang takut. Tapi yang paling aku meremang, cerita kawan sekolah aku. Dia kata jiran dia berbangsa Singh. Pada satu senja tu, biasalah, rutin Hantu Susu, ketuk rumah orang. Bila orang buka pintu, dia minta susu. Sekali abang Singh ni tak ikut scene sangat. Dia tak tau pun Hantu Susu tengah ins masa tu. Bila Hantu Susu mintak susu, dia kata, "sekejap aa kak". Dia pegi dapur, susu habis. Dia pegi depan, kat Hantu Susu tu, dia bagi Milo.

Power!

Sunday, September 18, 2011

Rimas

Pagi ini. Bukannya satu permulaan cemerlang. Tidur tak cukup, dengan dada ketat, hingus bertakung di lubang hidung. Memang rimas. Serimas pondan vogue yang dipaksa menyimpan misai. Hmm..tu belum cukup rimas. Ia serimas melihat drama di TV1, pada pukul 2 petang, hangat rembang macam tu. Bila kau tekan  butang 101 kat alat kawalan jauh tv berbayar, tup tup ada babak Ebby Yus bercomolot dengan Abon. Close up pulak tu. Selama 20 saat. Hah, rasa rimas macam tu laaa...

Tuesday, September 13, 2011

Aku menulis bukan kerana nama.

Apa kau nak kemasyhuran?!
Kau nak satu dunia kenal kau, hah?

Aku doakan kau berjaya.

Kerana aku menulis, secara digital, bukan kerana nama.
Aku menulis, secara digital, kerana hujan.

Kenapa, hairan?

Hujan ini.
Hujan yang menyumpahku.
Hujan yang membuatkan senjata kelakianku meliar, bangun dari beradu.

Sebab tu la aku menulis. Duduk diam-diam depan PC ni. Kang bangun kantoi la "Arabian Sex Machine" ni. Haih.

Aku menulis bukan kerana nama (tak pasal-pasal).

Kalau faham kasi angguk itu kepala.

Kau nak orang faham kau tapi kau sendiri tak faham apa kau nak. Orang lain yang kau nak dia faham kau pun sama tak faham dia kena faham kau ke tak. Kau tak faham-faham lagi, orang tak kan faham kau kalau kau tak faham orang lain.


Apa aku tulis ni pun aku tak faham.

Followers