Sunday, December 18, 2011

Cinta Metropolitan

Moktarzani  ialah seorang bayi, 28 tahun yang lalu. Membesar di kawasan pinggir bandar, Moktarzani seorang anak yang taat, tidak menghisap gam tetapi suka melihat wanita berdada besar. Moktarzani juga aktif  bersukan malah cemerlang dalam pelajaran. Setelah menghabiskan 17 tahun di kampung, Moktarzani bertekad ingin mengenal dunia di luar dimensi persekitarannya dengan memohon untuk melanjutkan pelajaran di kawasan lebih urban-KL. Moktarzani mengenali KL dari cerita-cerita polis di mana A.Galak menjadi sarjan. Cerita polis yang tak fikir banyak terus tembak dan polis sesama sendiri pun nak cakap skema. Tapi Moktarzani tenang saja, mungkin sekadar cerita, bisik hatinya.

Sebaik menjejakkan kaki ke KL, Moktarzani berasa begitu teruja sehingga lengguh lehernya. Bukan tengok bangunan tinggi tapi melihat wanita-wanita berdada besar yang seksi. Tiba-tiba Moktarzani mendapat idea untuk menukar namanya. "Orang KL tak pakai nama penuh", kata Moktarzani. lalu dia menggelarkan Tarzan pada dirinya sendiri. Buang "Mok-", buang "-i".

Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani), kini menjadi seorang pria yang tampan dan tegap. Setelah 5 tahun di bandar raya metropolitan ini, banyak perubahan berlaku padanya. Perubahan pertama yang ketara ialah penggunaan perkatan "Ekceli" dalam setiap tutur katanya.Well ekceli, orang KL mmg cakap macam tu pun. Rasa-rasanya.

Di KL, Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani) bertemu dengan seorang gadis manis bernama Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane). Gadis ini berasal dari kampung dan bertukar warna rambutnya apabila berpindah ke KL. Mereka bercinta sering bertukar-tukar kata "Ekceli, i love you" sesama mereka.

Pada satu hari yang indah dan permai, di kala pak tani memetik strawberi di bawah sinar mentari, Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani) telah didatangi oleh seorang gadis urban berdada besar. Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani) begitu terkejut lalu terkeluar kata "Ekceli, i love you". Semenjak itu, mereka bersama, di waktu malam sahaja.

Pada satu malam yang tidak indah dan tidak berapa permai, Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane) pun berjogging kerana ingin mengekalkan bentuk badan yang catik dan montok terkesima melihat dua lembaga sedang beromen di sebalik tiang. Lembaga pertama dikenalpasti sebagai spesis jantan, berhayung sambil bersengama di sebalik tiang itu. Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane) menghampiri. Homaigot! Rupa-rupanya lembaga itu ialah Tarzan (dahulu dikenali sebagai Moktarzani). Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane) menangis lalu meninggalkan tempat itu dan berlari-lari di dalam hujan.

Selepas 5 tahun, Jenab (atau lebih dikenali sebagai Jane) telah pulang ke kampung dan berkahwin dengan seorang pegawai pejabat tanah. Moktarzani (dahulu dikenali sebagai Tarzan) telah insaf, lalu menyertai tabligh.

Followers