Thursday, October 6, 2011

Mati

Saya ialah misai.
Saya sama seperti rambut, tetapi saya di atas mulut.
Saya suka dengan tuan saya.
Setiap hari dia menyikat saya.
Dia menyikat saya dengan lembut.
Sebab itu saya suka tuan saya.
Walaubagaimanapun, tuan saya suka makan nasi berkuah kari.
Selalunya habis kuah kari terlekat pada saya.
Tuan saya biarkan saja.
Saya jadi sedih.
Tetapi saya selalu dibersihkan oleh teman lelaki tuan saya.
Teman lelaki tuan saya pun ada misai.
Nama misai itu Terence.
Dia baik.
Kami selalu bertembung apabila tuan saya dan tuan Terence bermalam bersama.
Pada suatu hari, saya nampak tuan saya membeli pencukur.
Saya rasa sangat terkejut. Saya juga rasa amat marah.
Saya mahu merajuk tetapi tuan saya tak suka memujuk.
Pada suatu hari yang lain, tuan saya bangun pagi dengan saya dibasahi dengan sejenis lendir. Saya tak tahu apakah lendir itu, tetapi berbau pandan.
Tuan saya mengambil keputusan untuk mencukur saya.
Tamatlah riwayat saya sebagai misai.

No comments:

Followers