Sunday, January 3, 2010

Sifir Sihir

Sepanjang 27 tahun aku membesar sebagai pemuda yang kacak dan dijadikan teladan oleh ahli pengakap muda seluruh daerah Kota Setar,aku tak lari dari menghadapi masalah dalam kehidupan. Dari dulu aku telah mengalami kesulitan angkara ahli sihir tua yang telah menyumpah aku bodoh matematik selama 78 tahun. Sejak dari zaman KBSR hinggalah ke KBSM dibawa ke zaman ijazah, aku tidak mampu menghafal sifir dengan baik. Ketika zaman kanak-kanakku yang comel, aku pernah berazam untuk memikat Siti Sifir dan menjadikan beliau sebagai kekasihku atas dasar mempelajari sifir. Namun tidak berjaya kerana aku amat memilih terhadap teman percintaan. Lantas punah semua hasratku untuk menjadi bijak matematik.

Tahun demi tahun, peperiksaan demi peperiksaan, aku masih gagal untuk membuktikan bahawa sumpahan tersebut boleh dimatikan. Ibuku pernah membawa aku berubat hingga ke Tibet dan membawaku bertemu dengan Dalai Lama. Ommmmmmm kata Dalai Lama. Kami tidak faham sepatah haram lalu terus menempah tiket Air Asia balik ke Kuala Lumpur.

Aku tekad.

Aku mahu menumpaskan ahli sihir tua itu.

(bersambung)

No comments:

Followers