Wednesday, January 13, 2010

Sifir Sihir (episod akhir)

Setibanya aku di lapangan terbang, aku dapat melihat kapal-kapal terbang. Lalu aku cakap di dalam hati, " Kalau kumpul RM3.50 sehari, bolehkah saya membeli sebuah kapal terbang ini?". Lalu aku menjawab sendiri ," Tidak boleh", tanpa memberikan alasan-alasan dan hujah matematik (sumpahan matematik,sila rujuk episod awal).
Aku terus meneruskan perjalananku,kadang-kadang berlari, ke arah tempat mengambil bagasi. Tanpa kusedari, ibuku telah dilarikan oleh 14 orang yang berkot hitam berjenama Armani. Aku dengan semulajadi berlari setempat (untuk panaskan badan) lalu terus memecut ke arah 14 badigol tersebut. Hampir semua seni pertahanan dan serangan diri yang aku pelajari dari cerita Jackie Chan aku keluarkan. Dan seperti biasa, kemenangan mudah berpihak kepada seorang lelaki tampan menarik lagi tertarik(penulis).
Rupa-rupanya, mereka adalah ahli kongsi gelap yang beroperasi di Jalan Yap Kwan Seng (berhampiran KLCC) yang menculik remaja-remaja pintar untuk dijadikan protoge Ketua Samseng mereka. Yang menghairankan,selama ini aku dianggap remaja istimewa (lemah matematik) tetapi menjadi dambaan sebuah kongsi gelap yang mempunyai citarasa fesyen yang tinggi. Aku hairan lalu aku singgah ke kedai mamak untuk memesan segelas teh ais.
Setelah 15 minit aku minum secara perlahan-lahan, aku hantar ibuku pulang menaiki teksi."Biasa la, hero kena tunjuk cool, dan kasihkan ibu, barulah ramai gadis-gadis menjadi peminat misteri", bisik hatiku.
Sejurus kepulangannya, aku terus tersedar, kenapa aku hantarnya pulang, walhal kami tinggal dalam satu rumah yang sama. Kenapa aku tak ikutnya saja,kata hatiku cemas seperti menonton filem thriller arahan Prof Razak Mohaiden.

Lalu aku pulang dengan menaiki teksi.

No comments:

Followers