Wednesday, January 27, 2010

Cinta

Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat. Kelmarin hari Rabu. Hari aku membeli naskhah tabloid sensasi yang muka depan terpampang artis wanita Melayu seksi berbikini. Tiada apa yag menarik minatku sepanjang tempoh bacaan, tetapi di ruang iklan,
"Anda Miskin? Ada Ijazah Tapi Gaji Tak Seberapa? Ayuh Jual Jiwa Anda Kepada Setan!", membuat kepalaku kebas untuk seketika bagaikan disepak tangan dan disepak kaki di muka oleh Triple H. Diselang seli dengan gaya balik kuang oleh Hardy Boyz ke atas kepalaku. Kebas dan kosong. Rasanya. Tidak percaya. Setan?

Hmm...menarik juga iklan ini. Aku yang kerja makan gaji (slash) makan tak cukup agak sesuai dengan urusan niaga yang ditawarkan. Ayat pada iklan itu agak seduktif, mesti hasil kerja penulis kopi dari Naga DDB.

Jiwa aku memang kosong.Tiada nilai. Alasan yang kukuh untuk aku menjual, kerana tiada guna aku menyimpan.

Kookk kok kookk kook.Bunyi nada dering ayam jantan telefon bimbitku berbunyi.

"Hello", salam dari pemanggil misteri.
"Hello", balasku.
"Dari suara awak, saya bersumpah yang awak ni seorang yang kacak!"
"Siapa ni? Jangan buang masa saya.Saya tau saya kacak. Apa yang awak mahu hah?!, balasku ala suara Shamsul bin Datuk Yusof bin Encik Haslam.
"Maafkan saya, saya terlupa kenalkan diri.Terkesima mendengar suara awak. Nama saya Judastina Natasha. Saya dari Agensi Jual Beli Jiwa D'Setanz Sdn Bhd.Berhubung dengan ..
"Permohonan saya diluluskan?",aku teruja.
"Ya encik. Sila bawa salinan Kad Pengenalan dan salinan bil air dan elektrik. Untuk maklumat lanjut,layari www.dsetanz.com",kata Judastina.
"Baiklah, terima kasih cik," seraya itu aku terus menjerit "Yes" sambil membuat lompat bintang tanda gembira.

Hari ini hari Jumaat.

Aku harapkan urusan jual beli jiwa berjalan lancar.

Pagi Jumaat, aku bangun dengan gaya paling seksi sekali. "Dienā, kas Es ceru", cakap aku dengan diri sendiri dalam bahasa Latvia.(Terjemahan:hari yang aku tunggu-tunggu). Aku mulakan hari dengan tarian tango. Senaman persedian untuk aku berjalan kaki ke pejabat D'Setanz(tidak cukup wang menaiki bas kerana dihabiskan untuk SMS ON CINTA).
Dan kini aku bersedia. Dengan haruman lavendar disembur rata ke seluruh badan, kemeja berkolar dibutang hingga ke atas, dirapikan dengan tali leher bercorak Naruto yang dibeli di pasar malam, ternyata aku sudah bersedia. Oh, tag nama tidak dilupa.

Selepas 14 kali aku berkata aku bersedia, aku meneruskan perjalananku ke pejabat urusan D'Setanz.

Aku pun tiba.Aku buka pintu. Aku masuk. Aku keluar balik. Aku kena marah. Aku masuk pakai kasut.


(akan bersambung)

No comments:

Followers