Thursday, February 25, 2010

Bukan cerita liwat. (Bab Dua)

Kedinginan yang menarik picu nafsu tidur mereka. Semestinya dari dahulu lagi, Wahab dan Benjamin Tan mempunyai hobi dan minat yang sama yakni tidur. Selain tidur, hobi mereka ialah meniduri dan ditiduri. Wah, sejoli.Bagaikan pasangan dicipta di syurga!

Tetapi petang ini agak berlainan. Suasana dingin suram, tapi api cemburu kian marak. Benjamin Tan, menyoal cinta Wahab kepadanya.

"Baby, you cakap you sayang I",kata Benjamin Tan, "tapi kenapa percintaan kita tidak boleh berakhir di jinjang pelamin".
"Sayang, tolonglah faham", rayu Wahab. "Kita tak boleh kahwin. Bukan I tak nak. Percintaan kita selama 2 tahun mungkin setakat ini saja. Selamat tinggal sayang".
"Jangan Baby sekali-kali cakap ayat tu lagi.Please.I redha. Pelamin idaman kita musnah. But please...jangan ucapkan selamat tinggal...", balas Benjamin Tan yang tidak dapat menahan kepedihan hati yang terluka.

Hujan di luar sana semakin lebat. Selebat dan sehebat air mata Benjamin Tan serta Wahab, sepasang bakal bekas kekasih yang akan dinobatkan sebagai watak kisah cinta terulung abad ini.

"Sebelum perpisahan ini, I nak tanya you. Jawab seikhlas hati. Hmmm. Kenapa kita harus berpisah sedangkan burung cak-cak di luar sana pun tahu, kuasa cinta kita. Kuasa cinta yang boleh membunuh 14 ekor anakonda dan 75 ekor bapak gorila", tanya Benjamin Tan dalam suara sayu.

"You pun tahu kan. Kita tidak boleh lagi meneruskan hubungan ini. Kerna...", Wahab jawab.

"Kerana apa..." tanya Benjamin Tan lagi.

"Kerna kau Stapler! Aku Pembaris!" jerit Wahab lalu meninggalkan Benjamin Tan.

Inilah epik cinta terulung, sebatang pembaris bernama Wahab dan sebuah Stapler bernama Benjamin Tan.

No comments:

Followers